Thursday, 4 October 2012

Pengalaman 1 Intan menanam pokok di Nursery

Kalau sebelum ni kelas 1 Mutiara telah mengisi tanah ke dalam beg plastik sebagai tugasan PBS mereka, tiba pula giliran tingkatan 1 Intan untuk melaksanakan tugasan PBS mereka. Tugas murid-murid kelas 1 Intan ini agak berlainan sedikit kerana sebelum ini kelas 1 mutiara telah mengisi tanah ke dalam beg plastik takkan nak tinggalkan begitu saja beg plastik tu. Maka, tugasan PBS Band 5 murid 1 Intan ialah menanam pokok ke atas beg plastik tanah yang telah disediakan.
Cikgu Mokthar menunjukkan cara-cara mencantas pokok yang akan mereka semai

Murid-murid yang lain mengisi tanah ke beg plastik semaian
Murid-murid perempuan turut mengisi tanah tapi tak lupa buat "peace"

Pak Cik Arsim turut memantau budak-budak ni mencari benih pokok untuk disemai


Pengalaman PBS bersama kawan-kawan mereka

Cikgu Khairul Fendy pun bersama-sama membantu murid-murid kesayangannya

Isi tanah pun sempat ber"posing" 

Beginilah keadaan murid-murid yang ditugaskan menyemai benih pokok
penuh dengan semangat muhibbah "Rajin mereka ni"
'
Walaupun tugasan ini agak mencabar buat mereka, namun ia adalah pengalaman yang menyeronokkan buat mereka. Dengan tidak mereka sedari tugasan ini telah terangkum dalam PBS Band 5 iaitu B5D3E1 Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti peringkat sekolah / komuniti setempat mengenai penjagaan alam sekitar.
Syabas serta tahniah !!!
diucapkan atas kerjasama Cikgu Khairul dan Cikgu Mokthar serta Murid-murid 1 Intan yang Rajin-rajin belaka
V(^_^)V


Tuesday, 2 October 2012

~Berjaya Melaksanakan Tugasan Band 5~

Hari ni agak pelik sikit biasanya kalau kelas geografi murid-murid ni akan tunggu di kelas untuk P&P. Tapi peperiksaan akhir tahun sudah habislah pulakan . jadi silibus pun sudah dihabiskan, seperti yang dijanjikan sebelum ni selepas peperiksaan akhir tahun kerja-kerja PBS akan diteruskan. Sebenarnya kerja PBS Band 5 ini sudah lama pun dirancang dengan  Cikgu Mokthar tapi apakan daya masa amat mencemburui kita. Akhirnya tibalah masa yang sesuai, itupun kena pinjam masa P&P Sains (Cikgu Khairul) untuk mengisi tanah dalam plastik semaian. 

Cikgu Mokthar Sedang memberi taklimat tentang apa tugas mereka perlu 
lakukan untuk di Nursery

Tanah diangkat oleh beberapa orang murid untuk dimasukkan dalam plastik semaian

Syok mereka memasukkan tanah ke dalam plastik semaian tu kan?

Asal nampak kamera mau ambik gambar jak .
Terus buat gaya-gaya ensomboi ^_^

Khusyuk memasukkan tanah ke dalam plastik 

Gembira melakukan aktiviti dengan kawan-kawan sekelas mereka
Tanah ditambah lagi kerana beg plastik masih banyak lagi

Tekun dan Sabar menjalankan kerja PBS mereka

Hampir-hampir mau siap sudah.
Kelihatan semakin banyak plastik semaian yang mereka buat
Beg Plastik yang telah siap dikumpulkan .
Banyak juga kan beg plastik yang mereka telah isi
Tahniah kepada semua murid-murid 1 Mutiara kerana telah berjaya melaksanakan tugasan PBS Band 5 (B5D3E1 ) iaitu Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti peringkat sekolah / komuniti setempat mengenai penjagaan alam sekitar.
(^_^)V










Monday, 1 October 2012

Kelas Tambahan PMR Untuk Mereka yang Tidak Sempat Datang Minggu Lepas

Ramai tidak dapat mengikuti kelas pada Sabtu lepas kan? Ok la Cikgu tidak mahu kamu terlepas maklumat apa yang cikgu sampaikan dengan murid-murid yang datang pada hari tu. Tip Peperiksaan AndrewChoo ini mungkin boleh menjadi sedikit panduan kepada Calon-calon PMR 2012 yang sedang mengulangkaji "Last2 Minute" ok Gudluck Semua!!!

Sunday, 30 September 2012

~Gara-gara PMR 2012~

Peperiksaan PMR 2012 yang bakal menjelang telah disusuli dengan pelbagai program peningkatan penguasaan agar murid-murid lebih bersedia menghadapi "Peperangan atau perjuangan" demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR 2012 nanti. Salah satu usaha yang telah dilakukan bersama murid dan guru adalah "Kelas Tambahan". Memang tidak dapat dinafikan ada sesetengah murid suka untuk datang jika kelas tambahan diadakan ada juga yang liat untuk datang. Apa-apapun walau sikit atau ramai yang datang kelas tatap kelas.!

Eh ini pic "BigMaps" yang dilukis sejak tahun lepas yang dilekat pada papan buletin
untuk memudahkan mereka mengingat Peta. Bukan kelas tambahan saja-saja dimasukkan pic ni
Kelas Bahasa Inggeris yang dinamakan "E2D" Oleh Teacher Felicia

Sempat lagi berposing budak-budak ni amat sensitif terhadap Kamera haha

Calon PMR 2012 nak peace!! (^_^)V

Teacher Fung sedang mengajar Matematik kepada muridnya
 
Sir Kenny Pang bersama murid kesayangannya dalam usaha menerangkan 
konsep Sains yang agak mengelirukan


Sir Tea menerangkan langkah pengiraan matematik

Mereka cuba buat latih tubi yang diberikan sebelum berbincang skema jawapannya
Fokus semasa mendengar penjelasan yang diberikan

Cuba menberi penjelasan tentang Soalan 1-6 yang bakal keluar pada 
peperiksaan Geografi PMR akan datang

Seperti yang Cikgu telah katakan sebelum ini, segala apa yang cikgu tahu untuk kamu pergunakan semasa menjawab PMR 2012 nanti telah cikgu lunaskan sebagai tanggungjawab cikgu. Bermakna tanggungjawab Cikgu-cikgu sudah selesai sekarang tiba masanya murid-murid (Calon PMR 2012) bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk berjuang mendapatkan hasil yang cemerlang setelah penat lelah kita selama 3 tahun sejak tingkatan 1.
Usaha dan Doa
kita pasti berjaya Amin3X
(^_^)V


Friday, 28 September 2012

~Sorotan Lawatan Eco-School ke SMK Muhibbah~

Lawatan pada 28 September 2012 ini sempena Persidangan Alam Sekitar ini bertujuan berkongsi dan bertukar-tukar idea pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar dengan sekolah-sekolah menengah di Malaysia melalui penandaarasan oleh sekolah-sekolah lain di bawah Program EE Conference III peringkat Kebangsaan

Pelawat sedang meninjau Lanskap dan Nurseri Smk Muhibbah untuk mendapatkan 
maklumat tentang cara membuat simen ferra 

Cikgu Mokthar sedang memberi penerangan tentang kepelbagaian spesis tumbuhan 
yang ditanam di Nursery SMK Muhibbah


Pelawat dipelawa oleh Cikgu Khairul Fendy untuk berkongsi pengalaman tentang 

projek Cili Angkasa dan Cili Bumi SMK Muhibbah


Pelawat sedang bertanya beberapa soalan untuk maklumat lanjut  tentang 
Projek Cili Angkasa SMK Muhibbah

Cikgu Khairul Fendy sedang menunjukkan sejenis tanih Cokepet kepada pelawat

Cikgu Dayang Sabariah sedang memberi penerangan tentang Taman Botanikal SMK Muhibbah

Pelawat beramah mesra dengan murid pendidikan khas SMK Muhibbah

Pelawat diperkenalkan mengenai “Pelita Langsuir” oleh Pendidikan Khas SMK Muhibbah

Pelawat yang terdiri daripada murid-murid sekolah lain diberikan peluang untuk 
meletakkan "Pelita Langsuir"

Murid Oku Pendidikan Khas turut menyambut mesra para pelawat yang datang

Puan Aisah Tahir berkongsi tentang cara-cara menghasikan “Pelita Langsuir”

Seorang guru pelawat dari sekolah lain tidak melepaskan peluang mencuba 
sendiri meletakkan "Pelita Langsuir"



Sepanjang lawatan berlangsung para pelawat yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid sekolah menengah telah memberikan respon yang positif . SYABAS kepada semua yang terlibat menjayakan lawatan ini 

V(^_^)V













Friday, 14 September 2012

"Thinking Outside The Box"



"Bot berwarna oren serta Bot 1 Malaysia"
"Barangan permainan (kereta dan pistol mainan)"
Kotak Tisu, Tempat Simpan Barang, dan Tempat Simpan Alat Tulis"
"Bingkai Gambar"
"Beg Serbaguna"

Thinking outside the box ataupun berfikir di luar kotak adalah lebih baik daripada seperti katak di bawah tempurung. Setelah diberikan masa selama 1 minggu untuk menyiapkan projek  Band 6 PBS berasaskan kotak terbuang murid-murid tingkatan 1 ini mula menghantar hasil projek yang amat memberangsangkan serta menarik. Syabas serta tahniah di atas usaha keras mereka.
Well done!!!
(^_^)V

Model Petempatan daripada Kotak Terbuang - Tingkatan 2

Model Petempatan yang kreatif yang dihasilkan
dengan beberapa kotak terbuang
Pandangan Sisi Model Petempatan
Pandangan dari atas Model Petempatan

Ringkas dan Kreatif Model Petempatan yang
dihasilkan oleh murid-murid tingkatan 2 ini

Syabas serta tahniah kepada murid-murid 2 Delima yang
menghasilkan Model Petempatan ini.
Hasil kerja ini lebih baik daripada yang cikgu bayangkan.
Semoga maju jaya dan terus kreatif dalam kehidupan kita seharian
(^_^)V