Saturday 19 February 2011

BAB 1 KEDUDUKAN

KEDUDUKAN
► kedudukan ialah perletakan atau lokasi
sesuatu objek, orang, atau tempat.
► Kedudukan boleh dinyatakan dengan dua
cara, iaitu :
a) Kedudukan relatif
b) Kedudukan koordinat

KEDUDUKAN RELATIF
► Kedudukan sesuatu objek atau tempat dengan merujuk kepada satu titik
rujukan
► Titik rujukan membolehkan perbandingan arah dibuat, sama ada :
► kanan (Timur)
► Kiri (Barat)
► hadapan (utara)
► Belakang (selatan)

Kelebihan
•Lebih mudah dinyatakan
•Meliputi kawasan yang lebih luas (tidak terbatas oleh
jaraknya)
Kelemahan
•Kedudukan dinyatakan dengan cara bandingan sahaja
•Kedudukan kurang tepat

KEDUDUKAN KOORDINAT
► Kedudukan sesuatu objek, orang atau tempat
berdasarkan lajur dan baris dikenal sebagai
kedudukan koordinat
► Kedudukan koordinat ialah titik persilangan antara
lajur dengan baris
► Koordinat dinyatakan dalam empat angka. Nilai
lajur disebut terdahulu diikuti dengan nilai baris
Kelebihan
•Kedudukan mutlak
•Lebih tepat
Kelemahan
•Perlu memastikan nombor lajur bermula dari kiri ke kanan
•Perlu memastikan nombor baris bermula dari bawah ke atas
•Kemungkinan timbul masalah silap tafsiran

No comments:

Post a Comment