Tuesday 2 October 2012

~Berjaya Melaksanakan Tugasan Band 5~

Hari ni agak pelik sikit biasanya kalau kelas geografi murid-murid ni akan tunggu di kelas untuk P&P. Tapi peperiksaan akhir tahun sudah habislah pulakan . jadi silibus pun sudah dihabiskan, seperti yang dijanjikan sebelum ni selepas peperiksaan akhir tahun kerja-kerja PBS akan diteruskan. Sebenarnya kerja PBS Band 5 ini sudah lama pun dirancang dengan  Cikgu Mokthar tapi apakan daya masa amat mencemburui kita. Akhirnya tibalah masa yang sesuai, itupun kena pinjam masa P&P Sains (Cikgu Khairul) untuk mengisi tanah dalam plastik semaian. 

Cikgu Mokthar Sedang memberi taklimat tentang apa tugas mereka perlu 
lakukan untuk di Nursery

Tanah diangkat oleh beberapa orang murid untuk dimasukkan dalam plastik semaian

Syok mereka memasukkan tanah ke dalam plastik semaian tu kan?

Asal nampak kamera mau ambik gambar jak .
Terus buat gaya-gaya ensomboi ^_^

Khusyuk memasukkan tanah ke dalam plastik 

Gembira melakukan aktiviti dengan kawan-kawan sekelas mereka
Tanah ditambah lagi kerana beg plastik masih banyak lagi

Tekun dan Sabar menjalankan kerja PBS mereka

Hampir-hampir mau siap sudah.
Kelihatan semakin banyak plastik semaian yang mereka buat
Beg Plastik yang telah siap dikumpulkan .
Banyak juga kan beg plastik yang mereka telah isi
Tahniah kepada semua murid-murid 1 Mutiara kerana telah berjaya melaksanakan tugasan PBS Band 5 (B5D3E1 ) iaitu Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti peringkat sekolah / komuniti setempat mengenai penjagaan alam sekitar.
(^_^)V










No comments:

Post a Comment