Thursday 4 October 2012

Pengalaman 1 Intan menanam pokok di Nursery

Kalau sebelum ni kelas 1 Mutiara telah mengisi tanah ke dalam beg plastik sebagai tugasan PBS mereka, tiba pula giliran tingkatan 1 Intan untuk melaksanakan tugasan PBS mereka. Tugas murid-murid kelas 1 Intan ini agak berlainan sedikit kerana sebelum ini kelas 1 mutiara telah mengisi tanah ke dalam beg plastik takkan nak tinggalkan begitu saja beg plastik tu. Maka, tugasan PBS Band 5 murid 1 Intan ialah menanam pokok ke atas beg plastik tanah yang telah disediakan.
Cikgu Mokthar menunjukkan cara-cara mencantas pokok yang akan mereka semai

Murid-murid yang lain mengisi tanah ke beg plastik semaian
Murid-murid perempuan turut mengisi tanah tapi tak lupa buat "peace"

Pak Cik Arsim turut memantau budak-budak ni mencari benih pokok untuk disemai


Pengalaman PBS bersama kawan-kawan mereka

Cikgu Khairul Fendy pun bersama-sama membantu murid-murid kesayangannya

Isi tanah pun sempat ber"posing" 

Beginilah keadaan murid-murid yang ditugaskan menyemai benih pokok
penuh dengan semangat muhibbah "Rajin mereka ni"
'
Walaupun tugasan ini agak mencabar buat mereka, namun ia adalah pengalaman yang menyeronokkan buat mereka. Dengan tidak mereka sedari tugasan ini telah terangkum dalam PBS Band 5 iaitu B5D3E1 Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti peringkat sekolah / komuniti setempat mengenai penjagaan alam sekitar.
Syabas serta tahniah !!!
diucapkan atas kerjasama Cikgu Khairul dan Cikgu Mokthar serta Murid-murid 1 Intan yang Rajin-rajin belaka
V(^_^)V


No comments:

Post a Comment